Assalamualaikum
Berapakah saiz rumah burung yang sesuai sebenarnya? Ada yang kata buat kecil-kecil pun boleh.
Bagi saya, saiz yang paling minima yang sesuai ialah 20 kaki x 60 kaki. Ianya satu keluasan yang membolehkan burung-burung walit melakukan terbangan "survey" yang selesa di dalamnya. Untuk pengetahuan semua, burung walit ini akan melakukan terjunan dan terbangan "survey" selama beberapa ketika bagi memastikan rumah tersebut sesuai untuk mereka. Mereka akan masuk setelah yakin rumah tersebut selamat dan mula mencuba bermain-main di dalamnya. Mereka akan melakukan terbangan dan pusingan berkali-kali di dalam rumah burung tersebut. Jika suasana dalamannya sangat selesa dan suara dalaman pula mengasyikkan, maka mereka akan mula belajar mencangkuk pula. Kita boleh melihat mereka mula mencangkuk di twitter-twitter kerana terpesona dengan bunyi-bunyiannya.
Saiz yang kurang dari apa yang saya katakan tadi adalah sangat berisiko besar untuk tidak disinggahi burung walit. Perlu diingatkan burung walit di Malaysia adalah berbeza dengan burung di Indonesia. Di Indonesia suasana jumlah burung walit terlalu banyak sehinggakan jika dibina rumah burung yang kecil dan tak selesa, burung tetap masuk. Tidak seperti Malaysia, rumah burung di sini perlukan keselesaan. Burung di Malaysia agak "memilih". Memang agak lucu bunyinya tetapi itulah hakikatnya.
Affendi
CEO MECTEN GROUP