Assalamualaikum
Benarkah rumah burung walit menganggu masyarakat setempat? Saya telah pergi ke merata-rata tempat di Malaysia. Memang terdapat rumah burung yang dibina berdekatan dengan rumah kediaman. Dengan suara yang nyaring pastilah akan menyebabkan jiran-jiran tetangga tidak selesa.
Untuk menghindari keadaan ini, adalah dinasihatkan semua yang berminat untuk membinanya di atas tanah pertanian. Hanya di atas tanah tersebut rumah burung dibenarkan dibina oleh kerajaan. Dinasihatkan juga agar kekuatan bunyi rumah burung tidak melebihi 40 decibell. Setiap twitter yang dipasang mestilah di dongakkan 60 darjah ke atas agar suaranya tidak nyaring ke bawah.
Untuk pengetahuan semua, burung walit ini tidak membawa sebarang penyakit merbahaya seperti selsema burung. Ini kerana mereka tidak menjejakkan kaki mereka ke muka bumi. Mereka hanya mencangkukkan kaki mereka di tempat yang sesuai sahaja. Jika terdapat sebarang aduan dari orang ramai yang mengatakan burung walit membuang najis mereka di merata-rata tempat adalah tidak benar sama sekali. Burung walit biasanya akan membuang najis apabila mereka mencangkuk dan selalunya mereka hanya mencangkuk di dalam rumah. Jika ada pengusaha yang mengusahakan di rumah kedai, dan di luar rumah kedai tersebut terdapat banyak najis burung, maka ianya bukan najis burung walit tetapi najis burung lain seperti burung layang-layang tanah dan sebagainya.
Sebenarnya walaupun burung walit ini tidak membawa sebarang masalah kesihatan dan sebagainya, adalah dinasihatkan agar kita membinanya di tanah pertanian. Jika kita membinanya di kawasan berpenempatan orang ramai, ianya akan menganggu kehidupan orang lain yang sama sekali dilarang oleh agama kita. Bayangkan jika jiran kita ingin beribadah seperti bersolat, bersuluk dan lain-lain, ianya pasti menganggu mereka. Apatah lagi jika ada anak-anak kecil yang sedang tidur atau yang sedang menelaah buku pelajaran. Jadi, pilihlah tempat yang sesuai dan jauh sedikit dari jiran tetangga. InsyaAllah, dengan menjaga hati jiran-jiran kita, Allah swt akan memberikan pulangan yang berlipat kali ganda buat kita semua. Wallahualam
Zahirudin Salehuddin
MECTEN FOUNDER