NIATKAN

SARANG BURUNG WALIT

Mutiara Hadis dan Al-Quran

Zaid bin Thabit melaporkan,

“Sesiapa menjadikan dunia itu sebagai puncak tujuan, maka Allah akan cerai-beraikan urusannya. Allah akan jadikan kefakiran itu ada di depan dua matanya. Dan dunia itu tidak akan datang kepada, melainkan apa yang Allah tuliskan. Dan siapa menjadikan akhirat sebagai tujuan. Allah akan satukan urusannya. Dan Allah akan jadikan kecukupan di hatinya. Dan dunia itu akan datang kepadanya walaupun dia tidak mengharapkan.”

Hadith Sahih : Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Darimi dan Baihaqi





Dari Abu Khalid (Hakim) bin hizam r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda , Penjual dan pembeli keduanya bebas belum terikat selagi mereka belum berpisah maka jika benar dan jelas keduanya, diberkahi jual beli itu tetapi jika menyembunyikan dan berdusta maka terhapus berkah jual beli itu."
(Bukhari - Muslim)




Dari Sa'ad bin Abi Waqqash r.a. berkata: Rasulullah saw menengokku pada haji wada' dari
cekaman suatu penyakit yang hampir saja merenggut nyawaku lalu aku berkata, "Ya
Rasulullah, sebagaimana engkau lihat, penyakitku ini cukup berat sedangkan aku adalah orang
yang berharta dan tidak ada ahli warisku kecuali seorang anak perempuanku. Bolehkah aku
bersedekah dengan dua pertiga dari hartaku?" Rasulullah saw menjawab, "Jangan" Aku
berkata, "Bagaimana kalau separuhnya?" Rasulullah menjawab, "Jangan, sepertiga saja dan
sepertiga pun sudah cukup banyak. Sesungguhnya jika eangkau tinggalkan ahli warismu dalam
keadaan kaya raya adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan
kekurangan meminta-minta kepada manusia. Dan tidaklah engkau mengeluarkan suatu
pembelanjaan dengan menuntut keridhaan Allah melainkan engkau akan diberi pahala
karenanya hingga sesuap makanan yang engkau suapkan ke mulut istrimu."

(Bukhari - Muslim)

Rabu, 2 Februari 2011

KETINGGIAN BUKAN FAKTOR KEJAYAAN SESEBUAH RUMAH BURUNG

Assalamualaikum

Sering kali jika kita berjumpa dengan insan-insan yang berminat membina rumah burung walit akan bercerita mengenai formula kejayaan rumah burung. Pelbagai teori akan dikeluarkan seperti ketinggian, suara dan sebagainya.

Kita hanya menyentuh isu ketinggian dalam membina rumah burung pada kali ini. Rumah burung ini selalunya dikaitkan dengan ketinggian yang tidak harus tidak tahap minimanya ialah 2 tingkat. Bagi kebanyakan kontraktor rumah burung, mereka akan meletakkan harga sekitar RM 280 ribu hingga mencapai RM 350 ribu untuk 2 tingkat.

Sebenarnya ketinggian bagi saya tidak begitu penting tetapi saiznya perlulah mencapai 20 kaki lebar dan 60 kaki panjang. Ketinggian pula adalah sekitar 10 kaki minima diantara lantai dan siling. Terdapat masalah jika ketinggian diantara lantai dan siling berada di bawah paras 10 kaki. Ini kerana ianya akan menyebabkan ventilasi udara akan menjadi panas. Ini akan menyebabkan kita perlu menambah kos dengan membeli peralatan penyejuk seperti kipas, netting, kolam air dan sebagainya.

Rumah burung tidaklah semestinya menjangkau 2 tingkat untuk berjaya. Untuk pengetahuan semua, ada rumah burung yang dibina sehingga 5 tingkat pun masih gagal menarik burung masuk walaupun usianya sudah menjangkau 3 tahun. Apa yang penting ialah bagaimana caranya kita menarik burung-burung tadi supaya turun ke bawah dan melakukan terbangan di dalam rumah burung kita. Buktinya sudah pun kami buktikan di setiap projek kami selama ini. Cuma untuk menunggu sarang terbentuk ianya perlulah dengan penuh kesabaran. Fikirkan jangka panjang dan insyaAllah segala penat lelah kita akan terbalas jua akhirnya.

Wallahualam

Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan Mecten