Alhamdulillah minggu lepas saya berangkat ke Perak bagi melihat perkembangan semua rumah burung.
Di Layang-Layang Kanan nampaknya sarang semakin bertambah. Terdapat juga burung yang sedang mengeram dan tidak memperdulikan kehadiran saya di situ. Sarang-sarangnya juga agak baik kualitinya. Burung juga semakin bertambah melalui pemantauan Mecten di Perak.
Di Lambor Kiri juga kelihatan burung sudah bertambah di dalamnya. Saya sendiri sudah tidak sabar untuk melihat sarang yang bakal terhasil. InsyaAllah semoga kita semua berdoa agar rumah burung di Lambor kiri akan berjaya seperti di Layang-Layang Kanan.
Di Tanjong Kubu/Tanjong Sari pula, seminggu selepas pelancaran, tompokan tahi burung sudah ada 4 tempat semuanya. Satu rekod baru yang di cipta di situ. Biasanya untuk burung tidur di dalamnya mengambil masa sebulan atau dua bulan. Namun di Tanjung Sari burung-burungnya mungkin sangat selesa di dalamnya.
Bagi Changkat Banjar pula bangunan sudah pun siap 95 peratus. InsyaAllah kami akan memanggil semua rakanniaga bagi pelancaran rumah tersebut dalam 2 minggu lagi. Burung juga sudah bermain-main di situ walaupun belum lagi di pasang suaranya.
Bagi rumah JV ke 5 kerja-kerja tanah sedang berjalan. Lokasi adalah berhampiran dengan rumah ke 3 di Tanjung Sari. InsyaAllah segalanya berjalan dengan baik.
Manakala di Titi Gantung pula adalah untuk rumah ke 6. Proses kemasukan barang sedang dijalankan. Kami akan melaksanakan yang terbaik bagi kerja-kerja pembinaan rumah burung di sana.
Rumah ke 7 iaitu di Setiawan pula insyaAllah akan dimulakan pada awal bulan 4 nanti. Di setiawan pernah kami mendengar sebuah rumah burung di sana menghasilkan 2 kilo sehari. Ini bermakna pendapatan tuan rumah terbabit sekitar RM 6 ribu ke 12 ribu sehari. Tiada yang mustahil jika rumah tersebut sudah mencapai tahap maksimum iaitu umur rumah burung tersebut sudah memasuki 4 ke 5 tahun lamanya.
Apapun ini semua kuasa Allah swt. Kita semua hanya mampu berusaha yang terbaik dan berdoa serta bertawakkal. Penentunya tetap Allah swt. Teruskan berdoa kerana kita sendiri tidak tahu doa siapakah di antara kita sebenarnya yang di makbulkan Allah swt. InsyaAllah.
Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTEN