Assalamualaikum
Terdapat perbezaan harga rumah burung walit dari setiap kontraktor. Mengapa ada yang menawarkan harga cukup murah? Sebagai contoh, kami menawarkan harga setingkat RM 140 ribu. Ada kontraktor yang menawarkan serendah RM 80 ribu.
Di sini ingin saya berikan perbezaannya. Pertamanya harga kami lebih tinggi kerana kami membina rumah burung menggunakan bahan yang berkualiti. Memang ada rumah burung yang dibina RM 80 ribu. Tetapi jika kita lihat dalaman mereka, ianya amat berbeza. Baru-baru ini saya pergi melihat sebuah rumah burung di Selangor setingkat. Amat menyedihkan apabila rumah burung baru setahun sudah pun bocor di sana sini. Mereka tidak menggunakan plaster syiling seperti kami tetapi hanya menggunakan plywood nipis. Akibatnya ada yang sudah dimakan kulat.
Keadaannya pula cukup panas. Bahan kayu meranti pula tidak berkualiti dan di kitarsemula dari rumah lain. Sistem audio yang saya gelar standard kedua. Banyak lagi jika ingin saya komen.
Dari segala jenis masalah tersebut, terdapat satu masalah yang akan timbul dan akan menjadi masalah paling besar iaitu burung tidak mahu tinggal di dalamnya. Ini kerana masalah seperti panas dan tidak selesa.
Seperkara yang perlu diingatkan ialah kami sentiasa menjaga kualiti dan memantau rumah burung sehingga bersarang. Ini lah faktor utama dimana saya lihat rumah burung yang berjaya perlu dipantau dan di selenggara. Saya sudah pergi banyak rumah burung yang gagal kerana tidak ada pemantauan dan penyelenggaraan.
Kebanyakan kontraktor mengaku tahu buat. Setelah siap, rumah tersebut terus ditinggalkan walaupun mereka berjanji akan membuat jaminan menunggu sehingga burung bersarang.
Dalam satu kes di Sg Besar, saya di panggil ke sebuah rumah burung 3 tingkat milik seorang makcik melayu. Dia memberikan kerja membina kepada seorang kontraktor Cina. Untuk 3 tingkat harganya RM 350 ribu (kami RM 340ribu). Setelah menunggu 1 tahun dan 8 bulan rumah burungnya tidak dimasuki walau seekor burung. Apabila beliau memanggil semula kontraktornya, kontraktor tersebut menyuruh makcik tadi supaya bersabar dan terus menunggu.
Bayangkan apa akan jadi kepada pemilik rumah burung yang telah melabur RM 350ribu dan setelah hampir dua tahun belum ada burung yang masuk apatah lagi bersarang? Akhirnya beliau memanggil kami untuk "menyelamatkan" rumah burung tersebut. Alhamdulillah setelah tiga bulan kami melakukan kerja-kerja pembaikan, begitu banyak burung yang masuk.
Kita juga kena akui 60 peratus rumah burung di Malaysia gagal. Bukan kerana perniagaan ini tidak baik tetapi kerana kegagalan kontraktor membinanya dengan hati yang ikhlas. Kami menawarkan khidmat yang amat berpatutan dari segi kualiti dan pemantauan. Jangan disebabkan kita ingin menjimatkan kos yang sedikit, tetapi kita sendiri akan kerugian besar pada masa hadapan. Ini kerana kos untuk membaik pulih selalunya amat tinggi. Bukan kerana harga barang-barang untuk membaikinya, tetapi kerana kemahiran untuk memanggil burung tidur dan bersarang di dalamnya yang mahal.
Kerana itu saya selalu berpesan kepada semua pelanggan saya, jangan terpedaya dengan harga yang murah tetapi hasilnya sungguh mengecewakan. Apatah lagi rumah burung yang dibina setingkat, mampu memberi pulangan RM 1 juta dalam masa 5 tahun. Marilah kita sama-sama memikirkannya.
Wallahualam.
Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTEN