Assalamualaikum.
Umum mengetahui industri sarang burung di Indonesia jauh lebih besar dan maju. Di Indonesia, taburan burung walit terlalu banyak. Kerana itulah di sana jangan terkejut jika ada Pemaju yang membangunkan rumah dan pembeli membeli rumah dengan dana pinjaman bank seperti di Malaysia tetapi bukanlah untuk tujuan pembeli mendudukinya. Ianya dibeli bagi menyediakan rumah untuk burung-burung walit. Begitu hebat di sana. Maka tidak hairanlah jika Indonesia mengeluarkan 60% bagi pasaran dunia. Malaysia pula menghasilkan 7% sahaja ketika ini.
Menurut laporan Jabatan Verterina Malaysia adalah dijangkakan industri sarang burung walit di Indonesia bakal mengatasi industri petroleum dan gas di sana dari segi pendapatannya. Manakala di Malaysia pula kerajaan telah pun memperuntukkan RM 146 juta dana pinjaman bagi pembangunan rumah burung walit ini. Malaysia dijangka dapat menghasilkan jualan sebanyak RM 10 billion dari industri sarang burung menjelang 2020.
Tidak mustahil ekonomi Malaysia mampu di jana hebat oleh industri sarang burung ini. Dan sekali lagi perlu diingatkan industri ini bernilai berbillion ringgit dan bukannya jutaan ringgit. Kita lah penentunya samada ingin bersama menjadi perintis atau membiarkan peluang ini terus berlalu.
Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan Mecten