Mutiara Hadis dan Al-Quran
“Sesiapa menjadikan dunia itu sebagai puncak tujuan, maka Allah akan cerai-beraikan urusannya. Allah akan jadikan kefakiran itu ada di depan dua matanya. Dan dunia itu tidak akan datang kepada, melainkan apa yang Allah tuliskan. Dan siapa menjadikan akhirat sebagai tujuan. Allah akan satukan urusannya. Dan Allah akan jadikan kecukupan di hatinya. Dan dunia itu akan datang kepadanya walaupun dia tidak mengharapkan.”
Hadith Sahih : Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Darimi dan Baihaqi
Dari Abu Khalid (Hakim) bin hizam r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda , Penjual dan pembeli keduanya bebas belum terikat selagi mereka belum berpisah maka jika benar dan jelas keduanya, diberkahi jual beli itu tetapi jika menyembunyikan dan berdusta maka terhapus berkah jual beli itu."
(Bukhari - Muslim)
Dari Sa'ad bin Abi Waqqash r.a. berkata: Rasulullah saw menengokku pada haji wada' dari
cekaman suatu penyakit yang hampir saja merenggut nyawaku lalu aku berkata, "Ya
Rasulullah, sebagaimana engkau lihat, penyakitku ini cukup berat sedangkan aku adalah orang
yang berharta dan tidak ada ahli warisku kecuali seorang anak perempuanku. Bolehkah aku
bersedekah dengan dua pertiga dari hartaku?" Rasulullah saw menjawab, "Jangan" Aku
berkata, "Bagaimana kalau separuhnya?" Rasulullah menjawab, "Jangan, sepertiga saja dan
sepertiga pun sudah cukup banyak. Sesungguhnya jika eangkau tinggalkan ahli warismu dalam
keadaan kaya raya adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan
kekurangan meminta-minta kepada manusia. Dan tidaklah engkau mengeluarkan suatu
pembelanjaan dengan menuntut keridhaan Allah melainkan engkau akan diberi pahala
karenanya hingga sesuap makanan yang engkau suapkan ke mulut istrimu."
(Bukhari - Muslim)
Ahad, 12 Disember 2010
Benarkah rumah burung walit menganggu masyarakat setempat?
Selasa, 30 November 2010
Catatan ke Memali
Baru-baru ini saya telah ke Memali bagi majlis memperingati sejarah Memali selama 25 tahun. Pejam celik pejam celik sudah 25 tahun kejadian ini berlaku. Rasanya baru sebentar tadi kita menyaksikan peristiwa hitam ini di kaca televisyen.
Begitu ramai orang yang berkunjung baik dari dalam dan luar negeri Kedah. Saya sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke Memali. Sewaktu kami di sana, kami menyewa dua buah bilik homestay di Hulu Legong. Keadaan di situ agak pelik juga. Homestay yang disediakan bagaikan satu perkampungan kecil. Apabila kami memasuki kawasan tersebut kami telah dikenakan caj parking. Sesuatu yang belum pernah saya jumpa. Di situ juga terdapat kolam air panas. Namun saya tak sempat nak berendam dalamnya.
Namun terdapat juga pengusaha yang tidak mesra. Ini merupakan salah satu faktor kelemahan orang-orang kita. Pengusaha di sebelah tempat kami menyewa, meletakkan tong sampah pada laluan keluar dari homestay mereka sedangkan jalan keluar masuk boleh dikongsi bersama. Sebagai masyarakat Islam kita perlu bersatu terutama dalam membangunkan ekonomi orang-orang Islam. Jangan dibiarkan masalah kecil boleh menghalang kejayaan kita.
Sewaktu kami di sana memang terdapat begitu banyak burung walit. Jumlahnya juga agak mengagumkan. Tersenyum saya melihat taburan burung di situ. Hati kecil berbisik, siapa cepat dia dapat. Nasib baik kawasan kebanyakan rezab orang -orang Melayu. Kalau tidak..entahle.
Apapun terima kasih buat seluruh warga Islam yang telah bersama-sama menyokong program Memali ini. Kami amat bersyukur kerana telah terlibat dalam program ini. Sesungguhnya kerja-kerja jihad ini tidak akan pernah tamat selagi nyawa dikandung badan. InsyaAllah semoga semuanya akan menjadi lebih baik di masa hadapan.
ZAHIRUDIN SALEHUDDIN
Isnin, 29 November 2010
MECTEN Penaja Bersama Program Memperingati Memali 25 tahun
Rabu, 27 Oktober 2010
Bukti Walit mempunyai kaki
Selasa, 26 Oktober 2010
Burung Walet di Bangi
Assalamualaikum.
Mecten telah mengadakan satu survey dan testing bunyi di Bandar Seri Putra Bangi. Ramai orang melayu pernah bertanya saya, di Bangi ada tak burung walit. Saya kata banyak sekali. Mereka bertanya saya kenapa tiada rumah burung di bangi. Saya kata sebab orang melayu tidak tahu tentang kebaikan bisnes ini.
Kalau diperhatikan betul-betul, memang banyak sekali koloni burung walit di sini. Cuma mungkin tiada keberanian orang-orang melayu untuk membina rumah burung seperti orang-orang cina yang membuka rumah burung di Kajang termasuklah di tengah-tengah bandar kajang.
Bak kata pepatah melayu siapa cepat dia dapat.
Azmir Affendi
0133407323
Sabtu, 23 Oktober 2010
Fakta Burung Walit Yang Harus Diperbetulkan.
Benarkah burung walit tidak berkaki cuma mempunyai kuku yang panjang? Benarkah mereka ini bergayut seperti kelawar?
Sebenarnya burung walit ini berkaki. Namun kakinya agak lembik untuk mereka berjalan di atas tanah. Mereka ini tidak boleh hinggap di atas permukaan yang besar dari kukunya. Seperti di talian elektrik di luar rumah kita. Jika anda lihat banyak burung layang-layang yang hinggap di luar rumah anda, maka itu bukanlah walit. Walit ini hanya akan hinggap di tempat yang membolehkannya untuk mencangkuk. Seperti di dalam rumah burung, papan yang kami pasang adalah dari jenis kayu meranti merah. Mereka selesa mencangkuk dan bersarang di dalamnya.
Jika kita memegang burung walit (anaknya yg baru belajar terbang) dan lepaskan ke tanah, burung ini masih boleh terbang semula dengan melonjakkan kakinya tadi. Teori yang mengatakan burung ini tidak boleh terkena tanah dan akan mati sama seperti kisah burung cenderawasih adalah kurang tepat.
Burung walit ini akan terbang selama berbelas jam dan selalunya akan masuk ke rumah burug apabila mahu melakukan terbangan survey pada sebelah siang atau pun tengahari. Rumahnya perlulah dibina dalamnya seperti gua. Saiz yang sesuai ialah pada kadar 20kaki x 60kaki (minima). Jika dibina kurang dari saiz tersebut berkemungkinan besar burung tidak akan tidur walaupun masuk.
Banyak lagi fakta yang perlu di perbetulkan. InsyaAllah sebarang soalan bolehlah emelkan ke mdmecten@gmail.com
Terima kasih
Zahirudin Salehuddin
Sabtu, 16 Oktober 2010
Perbezaan harga rumah burung walit
Terdapat perbezaan harga rumah burung walit dari setiap kontraktor. Mengapa ada yang menawarkan harga cukup murah? Sebagai contoh, kami menawarkan harga setingkat RM 140 ribu. Ada kontraktor yang menawarkan serendah RM 80 ribu.
Di sini ingin saya berikan perbezaannya. Pertamanya harga kami lebih tinggi kerana kami membina rumah burung menggunakan bahan yang berkualiti. Memang ada rumah burung yang dibina RM 80 ribu. Tetapi jika kita lihat dalaman mereka, ianya amat berbeza. Baru-baru ini saya pergi melihat sebuah rumah burung di Selangor setingkat. Amat menyedihkan apabila rumah burung baru setahun sudah pun bocor di sana sini. Mereka tidak menggunakan plaster syiling seperti kami tetapi hanya menggunakan plywood nipis. Akibatnya ada yang sudah dimakan kulat.
Keadaannya pula cukup panas. Bahan kayu meranti pula tidak berkualiti dan di kitarsemula dari rumah lain. Sistem audio yang saya gelar standard kedua. Banyak lagi jika ingin saya komen.
Dari segala jenis masalah tersebut, terdapat satu masalah yang akan timbul dan akan menjadi masalah paling besar iaitu burung tidak mahu tinggal di dalamnya. Ini kerana masalah seperti panas dan tidak selesa.
Seperkara yang perlu diingatkan ialah kami sentiasa menjaga kualiti dan memantau rumah burung sehingga bersarang. Ini lah faktor utama dimana saya lihat rumah burung yang berjaya perlu dipantau dan di selenggara. Saya sudah pergi banyak rumah burung yang gagal kerana tidak ada pemantauan dan penyelenggaraan.
Kebanyakan kontraktor mengaku tahu buat. Setelah siap, rumah tersebut terus ditinggalkan walaupun mereka berjanji akan membuat jaminan menunggu sehingga burung bersarang.
Dalam satu kes di Sg Besar, saya di panggil ke sebuah rumah burung 3 tingkat milik seorang makcik melayu. Dia memberikan kerja membina kepada seorang kontraktor Cina. Untuk 3 tingkat harganya RM 350 ribu (kami RM 340ribu). Setelah menunggu 1 tahun dan 8 bulan rumah burungnya tidak dimasuki walau seekor burung. Apabila beliau memanggil semula kontraktornya, kontraktor tersebut menyuruh makcik tadi supaya bersabar dan terus menunggu.
Bayangkan apa akan jadi kepada pemilik rumah burung yang telah melabur RM 350ribu dan setelah hampir dua tahun belum ada burung yang masuk apatah lagi bersarang? Akhirnya beliau memanggil kami untuk "menyelamatkan" rumah burung tersebut. Alhamdulillah setelah tiga bulan kami melakukan kerja-kerja pembaikan, begitu banyak burung yang masuk.
Kita juga kena akui 60 peratus rumah burung di Malaysia gagal. Bukan kerana perniagaan ini tidak baik tetapi kerana kegagalan kontraktor membinanya dengan hati yang ikhlas. Kami menawarkan khidmat yang amat berpatutan dari segi kualiti dan pemantauan. Jangan disebabkan kita ingin menjimatkan kos yang sedikit, tetapi kita sendiri akan kerugian besar pada masa hadapan. Ini kerana kos untuk membaik pulih selalunya amat tinggi. Bukan kerana harga barang-barang untuk membaikinya, tetapi kerana kemahiran untuk memanggil burung tidur dan bersarang di dalamnya yang mahal.
Kerana itu saya selalu berpesan kepada semua pelanggan saya, jangan terpedaya dengan harga yang murah tetapi hasilnya sungguh mengecewakan. Apatah lagi rumah burung yang dibina setingkat, mampu memberi pulangan RM 1 juta dalam masa 5 tahun. Marilah kita sama-sama memikirkannya.
Wallahualam.
Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan MECTEN
Bisnes Walet dalam belanjawan 2011
Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit
Membuat lawatan di Perak
Alhamdulillah saya sekarang berada di Perak bagi melihat rumah burung di sana. Untuk makluman semua, saya cukup gembira apabila melihat rumah burung bagi projek JV yang pertama begitu banyak sekali burung yang masuk ke dalam rumah burung pada jam 2 tadi. Nampaknya rumah burung ini insyaAllah akan menepati ramalan saya iaitu akan penuh dalam tahun ke 3 atau ke 4
Bagi rumah di Lambor kiri projek JV ke 2, saya telah ke sana pada jam 3 tadi. Sewaktu kami hendak masuk ke dalamnya tadi, terdapat burung walit yang bersaiz agak besar (hampir dewasa) sedang berlegar-legar di dalamnya. Terdapat lebih kurang 40 ekor kawanan burung walit yang berlegar-legar di atas rumah tersebut.
Bagi projek JV ke 3, kami sekali lagi terpaksa menukar lokasi. Ini berikutan pembatalan tuan tanah yang menolak tawaran perjanjian di saat-saat akhir di sebabkan masalah dari pihak tuan tanah sendiri. Bagaimanapun kami sedang berusaha keras dalam menentukan beberapa lokasi strategik yang ada dalam tangan kami ketika ini. Kami akan membuat update dalam blog ini jika tanah yang sesuai sudah di putuskan.
Terima kasih
Zahirudin salehuddin
Pengarah Urusan Mecten
Isnin, 11 Oktober 2010
Baik pulih rumah burung yang gagal
Pada hari sabtu yang lalu kami telah pergi ke Bukit Beruntung bagi membaiki rumah burung yang gagal. Pemiliknya telah menelefon kami dan menceritakan masalahnya.
Rumah tersebut sudah setahun beroperasi dan sarangnya hanya ada satu sahaja. Dari pemerhatian kami rumah tersebut didiami tidak sampai 10 ekor burung walit. Keadaan ini amat mendukacitakan kerana kawasan tersebut mempunyai begitu banyak koloni burung walit.
Berikut ialah beberapa faktor kegagalan rumah burung tersebut:
1) Bunyi suara luar yang kurang menarik.
2) Keadaan dalaman yang cukup panas.
3) Bunyi dalaman yang tidak baik.
4) Kelembapan yang kurang
5) Pintu masuk yang tidak sesuai
6) Tiada bau aroma dinding dan papan
Saya selalu berpesan dengan pengusaha rumah walit agar mencari kontraktor yang arif, berpengalaman dan yang paling penting jujur dan amanah. Kita tidak mahu kontraktor yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Jangan hanya tahu buat tetapi bila sudah siap ditinggalkan sahaja tanpa di pantau. Setiap pemilik rumah mestilah mahukan hasilnya setelah wang yang banyak telah dilabur.
Wallahualam
Azmir Affendi
0133407323
CEO MECTEN
Khamis, 7 Oktober 2010
Anda mempunyai Sarang Burung?
Jika anda mempunyai sarang burung dan ingin mencari pembeli, kami boleh menemukan anda dengan mereka. Harga biasanya sekitar RM 3000 ke RM 6000 sekilo. Jika berminat boleh emelkan ke mdmecten@gmail.com
Syarat-syaratnya:
1) Sarang burung anda adalah dari rumah anda sendiri.
2) Direct owner dan bukan orang tengah
3) Perlu membuktikan anda mempunyai rumah burung tersebut. Ini kerana buyer tidak akan membeli sarang dari anda jika tidak mempunyai rumah burung. Ini kerana dikhuatiri ianya sarang curi.
4) Kami akan mengenakan caj 10 peratus dari setiap jualan.
Perhatian:
Hanya yang benar-benar mempunyai sarang burung sahaja akan dilayan.
Jumaat, 1 Oktober 2010
Industri Walit: Persaingan Malaysia dan Indonesia
Sabtu, 25 September 2010
Melihat sarang burung di rumah burung walit Nilai
Satu lawatan telah dibuat di rumah burung di Nilai milik MECTEN oleh en Zahir selaku Pengarah Urusan.
Boleh dilihat sarang yang dibuat oleh burung di dinding. Di mana sahaja yang difikirkan burung tadi sesuai untuk di buat sarang maka mereka akan membuatnya asalkan ianya kukuh dan tidak terjatuh.
Jumaat, 24 September 2010
Saiz Rumah Burung minima Yang Sesuai
Rabu, 8 September 2010
MECTEN-Bukti burung walit masuk ke rumah walau setingkat tingginya.MP4
Benarkah burung walit tidak masuk ke dalam rumah burung yang berketinggian setingkat seperti yang MECTEN lakukan? Video ini adalah bukti bagaimana burung walit masuk dan bermain-main di dalamnya.
Rumah burung setingkat bersaiz 20kaki x 80 kaki mampu menjana RM 1 juta ke atas dalam masa 5 tahun, insyaAllah.
Selasa, 7 September 2010
MECTEN:Burung Walit terbang survey dalam rumah burung Lambor Kiri.MP4
Video ini dirakam di rumah burung walit di Lambor Kiri utk projek JV ke 2. Baru tidak sampai sebulan sudah ada burung walit yang melakukan terbang survey bagi melihat kesesuaiannya utk dijadikan tempat tinggal mereka.
Isnin, 6 September 2010
Ciri-ciri burung walit
Isnin, 30 Ogos 2010
HARGA RUMAH WALIT YANG BELUM DAN SUDAH DIBINA
Baru sahaja terbaca satu iklan rumah burung yang baru dibina dan ingin dijual. 3 tingkat dengan keluasan 25 kaki x 75 kaki x 3 tingkat. Harganya RM 450ribu. Belum ada sarang. Tanah pula disewa dengan tuan tanah RM5200 setahun. Lokasi Sarawak.
Hmmm. Saya termenung seketika. Harga kami hanyalah RM 350 ribu untuk saiz 20 kaki x 80 kaki x 3 tingkat. Dan selalunya dibina atas tanah owner sendiri. Namun itulah hakikatnya harga rumah burung di Malaysia. Sebelum dan sesudah dibina harganya berbeza. Jangan terkejut jika anda mempunyai sebuah rumah burung dan mempunyai sarang di dalamnya, ada yang sanggup beli 1 juta ke atas.
Begitulah rumitnya memahami kehendak pembeli-pembeli ini. Hanya yang sudah berada di dalam industri ini yang akan mengetahui dan menyedari betapa ruginya kita yang buat-buat tak tahu atau tak mahu mengambil tahu.
Ahmad Rithauddin
Business Development Director MECTEN GROUP
Rabu, 25 Ogos 2010
MENGATASI RUMAH BURUNG YANG BERMASALAH
Selasa, 24 Ogos 2010
Pendapatan bagi sebuah rumah burung walit
Isnin, 23 Ogos 2010
RAMADHAN - Bantulah bagi yang memerlukan
Khamis, 19 Ogos 2010
Burung Walit di Pahang
Kami baru sahaja pulang dari Pahang. Kami ke sana semenjak hari Rabu untuk berjumpa beberapa client termasuk jemputan dari wakil PAS Pahang, Tuan Haji Yunus. Terima kasih di atas sokongan dan permintaan yang cukup baik kami terima setakat ini.
Ahad, 15 Ogos 2010
Walit Anugerah Allah Dari Langit
Khamis, 5 Ogos 2010
Rahsia Rumah Burung Walit
Rumah burung walit atau di Indonesia dikenali dengan Walet telah lama bertapak di Malaysia. Ada rumah burung walit yang sudah tertegak sejak 3 generasi yang lalu. Mengapa setelah sekian lama rumah ini tertegak di negara kita baru kini kita menyedari kehadirannya? Mengapa selama ini kita tidak menyedari burung walit ini menghasilkan sarang yang sangat bernilai tinggi?
Sebenarnya rumah burung ini digunakan untuk burung-burung walit mendiaminya. Apabila ianya sudah didiami, mereka akan mengawan di atas udara dan mula menghasilkan sarang untuk bertelur. Biasanya proses membina sarang akan dilakukan oleh sepasang burung walit jantan dan betina. Pada kebiasaannya juga terdapat 2 biji telur didalam setiap sarang yang mana pasangan ini akan mengeram telur tersebut.
Burung walit ini mempunyai kaki dan kuku yang panjang. Namun jika mereka jatuh ke muka bumi maka mereka tidak berdaya untuk terbang semula disebabkan kakinya yang lembik. Kerana itu, mereka ini hanya akan terbang berbelas jam dan akan melakukan segala aktiviti secara terbang seperti makan, minum dan mengawan. Disebabkan faktor ketahanan mereka terbang tanpa henti berbelas jam dan boleh bergerak 40 kilometer pergi dan balik walaupun dalam keadaan hujan lebat, menyebabkan masyarakat Cina mempercayai khasiat sarang burung yang diperbuat dari air liur mereka sangat tinggi dalam mengubati pelbagai penyakit seperti asma, batuk kering, penyakit kulit dan lain-lain.
Permintaan yang semakin meningkat dengan kadar pengeluaran yang sangat terhad menyebabkan harga sarang burung ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Perkara ini baru disedari oleh orang ramai kerana rahsia pendapatan tuan-tuan rumah burung ini mula di bongkar. Dengan kajian dari pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan, mendapati kebanyakan tuan-tuan rumah burung ini merupakan jutawan yang 'terlalu' senyap. Siapa sangka dengan rumah burung setingkat, pendapatan terkumpul akan mencecah jutaan ringgit hanya dalam masa 5 tahun. Dengan mengeluarkan sekali sahaja modal besar, mereka mampu menjana puluhan malahan ratusan ribu sebulan tanpa perlu bersusah payah.
Perlu diingatkan juga 60% rumah burung di Malaysia gagal. Ini disebabkan oleh faktor pembinaan yang tidak betul. Ada yang cuba membinanya secara sendiri dengan membaca buku dan lain-lain. Ada yang mencuba secara kecil-kecilan. Kesilapan-kesilapan sebegini adalah punca kegagalan rumah burung tersebut. Pelbagai kes yang telah saya jumpa dan selesaikan dalam beberapa tahun ini. Ada rumah burung yang dibina sehingga 3 tingkat namun burung tetap tidak mahu masuk dan tinggal di dalamnya. Ada pula yang rumah burungnya terdapat ratusan burung walit tetapi sarangnya tidak sampai sepuluh. Pelbagai faktor yang perlu diambil kira seperti suhu, suasana dalaman, kesesuaian papan untuk bergayut, kecerahan cahaya yang masuk dan lain-lain. Rumah burung yang baik, akan didiami burung walit dalam masa 6 bulan. JIKA RUMAH BURUNG TERSEBUT TIDAK DIDIAMI DALAM MASA 6 BULAN INI MENUNJUKKAN RUMAH BURUNG TERSEBUT ADA KESILAPAN DARI PELBAGAI SEBAB YANG DISEBUTKAN TADI.
Pada masa ini harga sekilo sarang burung antara RM 3000 ke 6800 bagi yang belum dicuci. Untuk menghasilkan sekilo sarang burung memerlukan 90 hingga 120 keping sarang burung. Harga akan melambung 2 kali ganda apabila ianya siap dicuci. Selalunya pemilik rumah burung ini akan menjual sarang burung yang belum dicuci kepada orang tengah. Untuk makluman semua, di Malaysia, terdapar ramai buyer yang sentiasa bersedia membeli dari pengusaha dan membersih serta menjual ke China, Taiwan, Hong Kong, US dan negara Arab.
Oleh kerana permintaan yang banyak tetapi pengeluaran sarang yang sedikit telah menjadikan pasaran dunia kekurangan 70% untuk dipenuhi. Ianya sukar dimanipulasikan jualan serta harga dari orang tengah disebabkan sarang yang sukar didapati serta ianya boleh disimpan jika harga ang ditawarkan terlalu rendah. Pengusaha tidak perlu menjual sarang jika harga yang ditawarkan agak rendah dan boleh menyimpannya untuk satu tempoh yang lama kerana ianya tidak basi atau mempunyai expired date jika dijaga dengan baik. Lagipula belum lagi saya terjumpa kes buyer ingin beli dengan harga dibawah harga sebenarnya.
Kesimpulannya, bidang walit ini sangat baik untuk diterokai. Apatah lagi rumah burung ini mampu menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan dan boleh diwariskan kekayaannya kepada anak cucu kita. Cuma satu pesanan bagi yang ingin menceburinya iaitu perlulah bersabar, dan berani. Inilah faktor utama semua jutawan sarang burung di Malaysia.
Zahirudin Salehuddin
Pengarah Urusan Mecten
Rabu, 4 Ogos 2010
HUBUNGI KAMI
En Effindi - 013 34073 23
En Fadli - 019 372 3751
Mectten Birdnest Industry Sdn. Bhd. (933283-M)
No. 42-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, 43000
Kajang, Selangor.
Tel: 03 2297 5379, 03 8926 4282/4303/4314
Fax : 03 8926 4271